KiSaH seBuaH KehidUpaN
Dari jauh aku lihat Siti terkeseng-keseng dengan makanan penuh di mulut. Hish… budak ney, tak reti langsung nak bersopan. “sorrylah,terlambat sikit. Jomlah, lambat pulak nanti”. Aku hanya mengangguk kecil. Syiha sudah mula melangkah. Aku mempercepatkan langkah agar dapat bersaing dengan Syiha dan Siti.
“penuh pula hari ni. Lecehlah macam ni,” mulalah aku nak naik angin.
Waktu ada mood nak study,ada sahaja halangan. Akhirnya kami menuju ke arah satu sudut yang agak terpencil. Baru sahaja aku nak letak punggung dekat kerusi, tetiba sahaja mata aku menoleh ke arah satu wajah yang cukup buat hati aku goyang. Tenang betul hati aku bila menatap wajahnya. Seram sejuk pun ada. Tapi sayangnya dia dah keluar bersama-sama dengan kawan-kawan dia yang lain.
“Sudah la Dina, tak habis-habis dengan ‘spirit’ kau. Apa yang kau suka sangat dengan mamat mamat tu pun aku tak tahu la. Muka dia pun tak la sehensem pelakon Rosham Nor”. Aku hanya tersenyum mendengar bebelan Syiha.
Ada sesuatu yang istimewa di wajahnya. Kalaulah aku boleh memiliki hatinya tentulah aku hanya bermimpi di siang hari. Budak dari kelas apa pun aku tak tahu. Namanya lagilah aku tak tahu. Yang aku tahu,dia ni seorang pengawas. Pandanganku berlaga dengan dengan Siti.
“Ah, sorrylah Dinakalau kau nak suruh aku jadi orang tengah. Malulah aku”.
“ Bukannya aku nak suruh kau jadi orang tengah cik Siti oi…! Aku Cuma nak tahu nama dia ajer. Please Siti…,” hish.., first tima rasanya aku merayu dekat orang semata-mata nak tahu nama mamat tu.
“Nama dia Syakir. Student ABM. Puas hati kau!” Siti menggelengkan kepalanya. Mataku bersinar harapan. Dialah ku anggap ‘spiritku’.
*****
Bahang SPM mula terasa. Aku juga tidak ketinggalan untuk belajar di saat-saat akhir. Kisah ‘spirit’ aku cuba lupakan. Namun tidak boleh kerana dia merupakan sumber inspirasi ku. Berita terbaru yang aku dengar sekarang, ‘spirit’ join tuisyen malam dekat sekolah. Kadang-kadang aku sanggup singgah sekejap kat sekolah semata-mata nak tengok muka dia sebelum sebelum pergi tuisyen rumah cikgu Syikin. Syiha dan Alisya sudah terbiasa dengan sikap aku yang tidak berputus asa untuk melihat ‘spirit’. Lagi ditegah, lagilah aku buat. Entahlah, aku masih tak dapat nak buang tabiat nie. Cuma yang aku harap sangat dapat cakap dengan dia walau sepatah sebelum aku tinggalkan sekolah ini.
Diam tak diam, minggu depan aku dah nak exam. Dalam masa aku ke hulu ke hilir mencari nota, aku ada terserempak dengan mamat tu. Yang peliknya, kenapalah aku murah sangat dengan senyuman bila dia senyum dekat aku. Tapi nak buat macam mana dah jodoh, aku terima ajelah. Sedang aku mengelamun mamat tu betul-betul muncul depan aku. Dan di saat itu aku rasa macam nak pitam.
“ Hai!” dia menegur lembut.
“Hai!” balasku gugup.
“ Good luck exam. Dah prepare semua?” .
“ Good luck untuk awak juga,” senyuman yang paling manis aku lemparkan walaupun aku rasa macam nak tumbang.
“ Err…awak. Saya pergi dulu,” dan aku Cuma hanya mampu mengangguk walaupun banyak lagi benda yang aku nak tanya.
“ Awak….” Aku beranikan diri memanggilnya.
“Saya,” dia berpaling dan melangkah semula ke arah aku.
“ Boleh saya jumpa awak pagi exam esok,?” ranya macam tu muka aku lebih kurang macam udang kena bakar dah.
Dia hanya membisu dengan pandangan matanya yang tidak berkelip langsung. Kenapa pandang aku macam ni.
“ Takperlah kalau awak ada temujanji dengan orang lain. Saya pergi dulu, ” kecewa betul aku rasa. Baru sahaja kaki aku nak melangkah. Aku terdengar suara lembut memanggilku.
“ Dina..” segaris senyuman di wajahnya cukup melegakan hati aku. Dan akhirnya aku tersenyum sama. Di kala itu, pesta bunga api sedang berlangsung dalam hati aku.
*****
Akhirnya aku Berjaya juga buat yang terbaik untuk exam kali ini. Walaupun keputusannya aku sendiri pun tak pasti. ‘spirit’ ? mungkin takdir kisah antara aku dengan dia cukup di alam persekolahan. Aku tak pergi jumpa dia seperti mana yang telah kami rancangkan.. dan aku sendiri tidak tahu sama ada dia menunggu atau tidak. Sepanjang min ggu exam pun, aku langsung tak Nampak wajahnya.
“Diana, termenung lagi. Sayang nak tinggalkan asrama ker?” Aku tersentak. Rasanya suara itulah yang aku rindukan selalu. Ibu dan ayah sudah datang untuk menjemput aku pulang ke rumah yang dah lama aku tinggalkan.. Aku mencium tangan ibu. Ibu memeluk aku dengan erat sekali seperti sudah bertahun-tahun kami berpisah.
Sewaktu kereta ayahku bergerak meninggalkan perkarangan sekolah, aku sempat menoleh tempat kali pertama dan terakhir aku berbicara dengannya. Selamat tinggal ‘spirit’. Aku doakan kau berjaya. Terima kasih sebab menjadi sumber inspirasi aku untuk terus berusaha.
*****
Masa lapang aku isikan dengan dengan bekerja sambilan di syarikat pakcik ku. Sebagai anak sulung dalam keluarga, aku perlu belajar bersikap bertanggungjawab. Berdasarkan keputusan yang aku perolehi, besar kemungkinan aku boleh meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Lagipun Ayah menggalakkan aku sambung belajar supaya menjadi contoh adik-adik.
“Hi Diana” mataku terpaku pada seseorang di pintu bilikku.
Abang Eddy! Mataku bersinar memandangnya. Dia menunjukkan jam dinding yang tertera di dinding bilik aku. Rupa-rupanya sekarang merupakan waktu untuk lunch. Aku bergegas bangun dan mencapai beg tangan . kaki aku melangkah laju menuju ke bilik pakcik Rahim. Belum sempat aku pintu biliknya aku buka, abang Eddy terlebih dahulu menegurku.
“Uncle takda dalam biliknya. Baru sekejap tadi dia keluar dengan. Diana jangan risau, abang da minta izin nak bawa Diana keluar makan”. Aku hanya menangguk setuju.
******
Mataku terlalu asyik menghadap komputer. Banyak kerja yang harus aku bereskan. Lagipun pagi besok aku terpaksa ikut pakcik ku ke Port Klang. Deringan telefon di ruang tamu tidak aku hiraukan. Kerja aku ni lebih penting daripada aku nak mengangkat telefon yang dah tentu bukan untuk aku.
“Kak Diana, phone!” jeritan adikku mengejutkan aku dari lamunan. Dengan langkah yang malas,aku mendapatkan telefon yang terletak di ruang tamu.
“Assalamualaikum.”
“ Waalaikumussalam,” dada aku berdebar-debar. Aku rasa macam pernah dengar suara ni. Tapi takkan mamat tu. Mustahil dia yang call aku…
“ Masih ingat saya lagi,” suara disana cukup kedengaran di cuping telinga ku walaupun saat ni aku rasa dah nak pengsan.
“ Saya tak pasti. Tapi awak ni….”
“Syakir. Saya harap awak masih ingatkan saya.”
Dan ternyata saat ini aku dah tidak mampu nak berdiri dengan betul lagi. Memang betul dia. Orang yang paling aku rindu. Alahai, aku rasa macam dekat atas awangan pula.
“ Hello. Awak masih ada dekat sana ker?” pertanyaan syakir membuatkan aku sedikit tersentak.
“ Errr… saya dengar. Saya still ingat dekat awak,” ish malunya kalau dia tahu aku berangan tadi.
“ Saya harap tak ganggu awak malam-malam macam ni. Saya Cuma nak teruskan persahabatan kita yang tak kesampaian dulu. Saya harap awak masih ingat janji kita yang tak tertunai lagi.
“ Dina, sebenarnya..,” dia terhenti. Aku masih menunggu denagan sabar.
“ sebenarnya ini adalah kali terakhir saya akan call awak. Lepas ini, saya akan sambung belajar dekat selatan. Tiga tahun. Cuma saya nak dengar dari mulut awak sekarang. Dan juga mungkin juga untuk kali terakhir saya akan Tanya awak.”
Hati aku mula berdebar. Aku membisu untuk mendengar kata-katanya dia yang seterusnya.
“ Sudikah awak menjadi teman teman hidup saya untuk selama-lamanya.”
“ Saya minta maaf sebab saya tidak boleh menerima awak. Saya tak nak jarak kita yang jauh nanti akan membuatkan kita terpisah. Apa yang lebih baik untuk kita berdua adalah kekal sebagai sahabat.” Betapa menyesalnya aku kerana mengeluarkan kata-kata tersebut namun itu jalan terbaik untuk diri aku dan dia.
“ Saya faham. Cuma satu yang saya minta dari awak Dina. Boleh tak awak tunggu sampai saya habis belajar. Sebab saya betul-betul sayangkan awak dan saya takkan terima orang lain kecuali awak.” Dia mengharap.
“ Saya tak boleh janji. Tapi saya harap awak takkan mengsia-siakan orang lain yang lebih layak untuk awak dan mampu menggembirakan awak.
*****
Segala persiapan aku ke Universiti telah di atur. Pagi-pagi esok, aku akan berangkat ke sana. Tempat aku meneruskan perjuangan sebagai seorang mahasiswi. Semalam aku keluar dengan abang Eddy. Dia beria-ia nak belanja aku makan sebab dapat sambung belajar. Rupa-rupanya abang Eddy ada maksud yang tersirat. Dia menyatakan hasratnya untuk menjadikan aku sebagai teman hidup dia. Berada disamping dia untuk selamanya. Tapi aku telah menolak hasratnya dengan baik kerana hati dan perasaan aku hanya untuk lelaki yang bernama Syakir.. walaupun aku sendiri tidak pasti akhirnya……
******
Pagi sebelum aku berangkat ke IPTA, aku memberanikan diri mendail nombor yang sentiasa tertera di atas skrin handphoneku.
“ Assalamualaikum.”
“ Waalaikumussalam Diana,” Suara di sana menjawab dengan penuh yakin. Dan waktu itu aku tergamam seketika. Memang benar tekaanku. Syakir!
“ Awak daftar hari ini?”
“ Aah..tapi alangkah baiknya kalau awak pun ada dekat sini sekarang, di samping saya,” syakir mengeluh kecil. Aku hanya tersenyum walau tak mungkin dia dapat melihatnya.
“ Saya doakan awak barjaya Syakir.”
“ Terima kasih Dina. Cuma saya harap awak masih ingat janji kita.”
“ Syakir, saya rasa tidak perlulah awak mencari saya. Andai sememangnya kita ditakdirkan untuk bertemu semula, kita tidak perlu mencari. Siapa tahu, saya akan berdiri di depan mata awak nanti,” aku menjawab sambil tergelak kecil.
“ Dan saya harap awak akan terima saya saat itu,” Syakir juga turut tergelak.
“ Insyalllah Syakir. Oklah Syakir, jaga diri awak.”
“ Awak pun sama Dina.”
*****
kesibukan minggu pertama di kampus membuatkan aku terlupa pada hajatku ketika kali pertama aku menjejakkan langkah ke sini. Ada sesuatu impianku yang belum tertunai. Tapi aku harap segala-galanya akan terlaksana hari ini.
“Cepatlah sya, kalau lambat nanti mesti kawasan rehat itu dah penuh”.
“ Kejaplah Dina. Kau ni memang tak tahu sabarlah,” rungut sya, room mate ku. Aku Cuma tergelak memandang Sya yang terkocoh-kocoh manyarung kasut sportnya.
“ Confirm ker kau boleh jumpa dia hari ini,” Tanya Sya perlahan sambil menghirup udara petang di kawasan taman ini. Nyaman sungguh. Aku memejamkan mata untuk seketika, membiarkan angin petang menampar-nampar pipiku.
Apabila aku membuka mataku, aku ternampak kelibat seseorang yang aku rindukan selama ini. Aku masih teragak-agak. Mestikah aku pergi atau biarkannya berlalu lagi dan melanggar janji yang aku sendiri telah buat pada diriku. Aku mula melangkah kea rah sebatang tubuh yang membelakangiku. Sya hanya mengekoriku dengan anak matanya.
“ Assalamualaikum.” Aku memberi salam. Dengan pantas dia menoleh ke belakang dan tersenyum walaupun kelihatan seperti terkejut. Mungkin dia kenal suara aku.
“ Apa khabar Syakir,” aku tersenyum padanya.
“ Kurang sihat.” Dia bersuara perlahan. Aku mula panik. Besar kemungkinan dia tidak suka aku berada di sini dan menegurnya.
“ Syakir sakit ker ?” aku bertanya perkahan.
“ Sakit jiwa sebab happy sangat bila tengok buah hati ada dekat sini.”
“ Buah hati?. Syakir ada temu janji dengan orang lain ke? Dina minta maaf sebab kacau Syakir.” Tatkala itu, hati aku dah mula hancur. Aku mula melangkah kea rah Sya yang setia menanti aku di sana.
“ Nanti dulu Dina!” syakir memanggil aku. Aku memusingkan badan ku ke arahnya tanpa memandang wajahnya. Aku malu untuk berdepan dengannya.
“ Kan awak pernah kata dulu Dina. Kalau kita dipertemukan lagi, awak akan terima saya. So sekarang ini awak bukan buah hati saya ker?” matanya tajam memerhatikan muka ku.
Aku tertunduk malu. saat ini, aku kehilangan kata-kata. Aku hanya mampu tersenyum di dalam hati. Akhirnya aku memberanikan diri memandang wajahnya. Kami sama-sama tersenyum. Memang benar kata orang , kalau jodoh takkan ke mana.
*****
“ Tak sangka kan Dina. Dulu saya tak sempat nak rapat dengan awak. Tapi sekarang ini kita jumpa lagi dekat sini.” Dia tersenyum memandang ku. Aku hanya mengangguk.
Aku pun tak sangka sebenarnya. Macam mana agaknya kami boleh dapat satu tempat. Memang dah rezeki agaknya. Mungkin cinta kami ditakdirkan untuk bersatu bila rindu menemani hidup kami.
Dan petang itu, kami sama-sama menyaksikan matahari terbenam. Menandakan berakhirnya siang dan malam akan mengambil alih.
Aku tersenyum memandang Syakir. Aku membalas genggaman tangannya. Aku tidak mahu kehilangannya lagi. Cukuplah setahun yang lalu aku menjadi pemerhati yang setia. Aku mahu berada disampingnya. Bukan menjadi pemerhati. Akan ku serahkan hati ini hanya pada mu Syakir. Syakir Ahmad.